Umat-ku

Selepas PRU 13…. Koleksi coretan untuk ingatan!

Alhamdulillah selepas PRU13, umatku Melayu masih bersatu. Masih memegang kunci tanah air tercinta ini. Namun, masih terdapat si Kitol-si Kitol yang sanggup merosakkan penyatuan ini dengan bergerak di celah-celah masyarakat menabur benih kerosakan. Mereka terus-terusan menghasut agar perpecahan umat Melayu Islam berlaku. Mereka tidak akan senang selagi cita-cita peribadi mereka tidak tercapai….

Nama saya Kamaruzaman yang bermakna Qamar (Cahaya) dan Zaman (Masa). Saya anak Melayu. Tidak pernah saya rasis untuk menjatuhkan bangsa lain. Saya bersekolah di Petaling Jaya, bercampur dengan bangsa lain Cina, India dan Sikh. Teman baik saya waktu sekolah adalah seorang budak Cina yang sanggup sedekahkan 10 sen (banyak waktu tu) untuk saya makan & minum. Saya anak orang miskin. Ayah kais pagi makan pagi tetapi bersekolah di kawasan orang Cina kaya. Selamat sejahtera untuk dia walau dimana dia berada. Budi anak Cina itu akan saya kenang selamanya.

Pengalaman saya, pernah memegang jawatan sebagai pemimpin pelajar di Universiti Sains Malaysia. Pernah bertugas sebagai seorang diplomat di luar negara sebelum terjun ke bidang korporat menduduki kerusi Lembaga Pengarah syarikat yang tersenarai di BSKL. Saya kemudiannya membuka perniagaan sendiri kerana hati ini tidak puas… kini saya masih melibatkan diri dalam perniagaan. Pernah juga memegang jawatan dalam politik tetapi rasanya diri ini tidak pandai berpolitik menyebabkan saya undur diri.

Blog ini saya tulis kerana pada suatu hari sewaktu PRU13, anak saya pulang dari kampusnya menceritakan suasana rakan-rakan yang bercerita tentang pilihanraya yang sedang berlaku. Saya tersentak bila anak saya tidak mampu berbahas dan berhujah dengan tepat menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di sekelilingnya. Maka saya buat keputusan agar bercerita sedikit sebanyak tentang perjuangan Bangsa Melayu… walau pun begitu, saya ini bukanlah seorang penulis… 🙂

Berapa lama saya nak menulis blog?…  tak tau lah. Saya bukan ada banyak masa… tengoklah. Harap2 anak saya baca dan faham tentang perjuangan Kebangsaan untuk agama dan negara. Itu jer..  🙂

Aku bukan rasis, aku hanya nak bangsa aku berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di dunia ini. Salah ka?

TQ…. Pelita Zaman

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s