Mana Pergi Telor Pemimpin UMNO ?

Tak dengar kah setiap hari Dajjal & The Gang menyalak, meracun fikiran rakyat?

Tak nampak kah si Baju Hitam nak jatuhkan kerajaan?

Tak baca kah tulisan Red Bean Army yang terus mempertikai Perlembagaan Persekutuan?

Tak lihat kah perbuatan Cina DAP yang terang-terang tak sukakan Islam?

Jadi, mana suara-suara kamu?

Apakah kau harap Najib dan Zahid sahaja bekerja?

Apa kau harap mereka berdua sahaja perlu berteriak kiri dan kanan?

Apa kah kerana orang suratkabar, orang TV tak masukkan suara dan gambar kau? Nak glamor sahaja? Nak berlakon?

Tak ada cara lain ka kalau nak berjuang? Tak kan nak masuk TV dan nama masuk suratkabar baru nak berjuang?

Apakah kau pemimpin UMNO jumud? Tak ada idea? Hanya nak duduk di kerusi empok?

Apakah kau hanya jaga orang-orang kau? Apabila berlaku pertandingan dalam UMNO baru kau nak sibuk?

Kenapa kau biarkan NGO-NGO  Melayu sahaja bersuara lantang ?

Kenapa biarkan Bloggers-bloggers sahaja yang sibuk berjuang di alam maya? Mana suara kau?

Tahukah kau bahawa ramai rakyat Melayu biasa berjuang tanpa jawatan, tanpa bayaran?

Kenapa suara kalian pemimpin UMNO suam-suam kuku? Melepas batuk ditangga?

Dah lama aku perhatikan situasi ini. Sampai bila lagi?

Adakah kau mau sedar bila sahaja UMNO jatuh?

Aku sayang UMNO…

 

BN menanglah…

TAJUK tersebut sudah membawa mesej jelas bahawa BN telah pun diberi mandat oleh rakyat pada PRU-13.

Menang tetap menang. Apatah lagi kemenangan itu diiktiraf dan diperakukan oleh para pemerhati antarabangsa.

Awang ulangi BN menang. Maka usahlah segan-segan dan menyorokkan kepala apabila terus diserang oleh pakatan pembangkang yang gagal membentuk kerajaan pusat.

Bangkitlah melawan segala tohmahan. Jangan biarkan kelompok yang kalah kelihatan menang.

Awang harap semua pemimpin BN termasuk menteri dan menteri besar serta ketua menteri lebih agresif mempertahankan kemenangan.

Lebih-lebih lagi sayap parti, janganlah pasif.

Tampillah dengan lebih menyakinkan untuk menjawab gelombang penipuan dan manipulasi pembangkang terutama DAP dan PKR, yang sudah melampau.

Sampai bila mahu mengharapkan pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik dan pihak-pihak yang pro BN untuk menjadi perisai?

Awang harap sangat para pemimpin pelapis dan muda BN memperbaharui iltizam melawan pembangkang apatah lagi ketika parti dan kerajaannya diasak habis-habisan.

Mahu jawatan dan kedudukan tetapi mengambil jalan selamat dalam karier politik. Dalam perjuangan, belajarlah mengambil risiko dan bersedialah untuk bermandi lumpur.

Sejak keputusan PRU-13 pada 5 Mei lepas, Awang naik bosan melihat sindrom senyap dan malu.

Hanya segelintir pemimpin BN ke hadapan sementara yang lain menyerahkan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin memikul beban.

Sikap sedemikian hanya memberi isyarat yang salah dan mengelirukan kepada majoriti rakyat yang telah memberi mandat kepada BN.

Selain inilah masa untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat semua kaum dan menunaikan segala janji, inilah juga masa untuk tampil lebih lantang, yakin dan sistematik dalam menyanggah pembangkang.

Lebih-lebih lagi kepada UMNO. Inilah masa untuk bersama-sama Najib membawa kebangkitan baharu. Hargailah sokongan orang Melayu dengan menggilap perjuangan UMNO dan memperkukuhkan lagi perpaduan dalam parti. Tetapi sebelum itu tolong bangkit pertahankan kemenangan ini. Inilah masanya. Tolonglah…

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130526/re_04/BISIK—BISIK-AWANG-SELAMAT#ixzz2UNbmWZlQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

Apa Lagi Orang Bandar Mahu?

Kenapa BN dan UMNO sangat sukar  untuk memenangi hati pengundi  kawasan Bandar?

Soal pembangunan adalah perkara yang wajib dan pasti akan berlaku disekeliling orang bandar?

Jadi, elemen pembangunan bukan keutamaan penduduk Bandar?

Pemikiran dan kemahuan masyarakat bandar sentiasa lebih kompleks?

Kenapa orang Cina sukar ditewaskan di kawasan Bandar?

Adakah orang Cina Bandar adalah rasis?

Kenapa Melayu bandar juga mula menolak BN?

Orang bandar tak memilih wakil rakyat mereka mengikuti Bangsa?

Sampai bila kawasan bandar akan sentiasa dikatakan akan ‘lekat’ dengan Pembangkang?

Apakah nilai seorang ‘wakil rakyat’ bagi orang bandar?

Apakah BN gagal memahami kerencaman penduduk, budaya dan sosio ekonomi penduduk bandar?

Apakah menteri bandar mesti datangnya dari bandar juga?

Abrahman

YB Dato Ab Rahman Dahalan.

Ahli Parlimen Kota Belud adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan?

Boleh jadi pejuang kota ka?

Boleh tawan hati orang Penang, kerenah orang KL, orang JB ka?

Ada gaya YB Shahril Samad ka? Ada gaya Wee Choo Keong ka? Ada gaya Lee Lam Thye ka?

Nak isi kuota Sabah ka? atau nak memenangi hati orang-orang bandar?

Pernah dengar teriakan No Corruption? Tranparency? Efficiency? Jalan Jamm..? Pengangkutan awam teruk? Persekitaran Hijau? Udara tercemar? Kebebasan Bersuara? Mahalnya duduk KL? Too many foreigners!? Safety First? LGBT? Pluralisme? Masalah Sosial? Freedom? Bebas Beragama? Tension, tension, stress stess and all other ‘good’ jargon words?

Teriakan-teriakan itu  banyak datang dari mulut orang Luar Bandar atau Bandar?

Aku Pengundi Bandar.. 🙂

Panggil Aku Dengan Bin Bapak?

Aku tak faham dengan ramai Bangsa Cina Malaysia. Kalau aku marah, dikatakan pulak aku ni rasis.

Aku berniaga seharian berjumpa pelbagai bangsa, tetapi sesuatu yang buat aku marah dan mendidih hati adalah apabila orang Cina menalipon aku dan memanggil aku dengan “Bin Bapak” aku. Nasib baik nama bapak aku bukan Bin Laden.

Heran aku, setelah bertahun-tahun hidup di Malaysia, masih tak tau cara nak memanggil kita dengan cara yang sesuai. Aku Melayu, panggil ajer lah En Kamaruzaman atau Mr Kamaruzaman atau Tuan Kamaruzaman. Apa masalahnya?

Yang panggil “Bin Bapak” aku tu adat mana? Bukan budaya Malaysia lah. Disini ada orang Melayu, ada India, ada Kadazan, ada Iban, ada Sikh. Belajarlah sedikit budaya orang lain. Jangan sampai buat orang tersinggung dan sakit hati.

Sebab itu jangan duduk bawah tempurung, nak sekolah pun sekolah sendiri. Tak mau campur bangsa lain. Bila orang jerit 1Malaysia, dia jerit jugak. Bila masa praktik langsung tak tau. Hingga sekarang, cakap Melayu bahasa kebangsaan pun masih tak lawas-lawas!

Aku sokong “Satu Sekolah Untuk Semua” (SSS).