Kitol Sedang Berbohong Lagi?

Selepas keputusan PRU13 pada 5 Mei 2013, Pakatan Rakyat diketuai oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang keluar keserata tempat mempertikaikan keputusan tersebut. Andainya mereka menang pastinya keputusan itu tidak akan dipertikaikan.

Mereka menganjurkan pelbagai himpunan haram menghasut rakyat untuk menolak keputusan itu. Jika ini Singapura, mereka pastinya ditangkap seperti 21 rakyat Malaysia yang ditahan dan didakwa di negara itu yang melakukan himpunan untuk tujuan serupa semalam.

Pada 8 Mei di Kelana Jaya mereka mengumpulkan 50,000 penyokong, di Stadium Batu Kawan pada 10 Mei juga bilangannya tidak kurang ramainya. Teriakannya sama iaitu pilihanraya tidak adil, penuh penipuan dan sebagainya.

Masalahnya, hingga kini mereka tidak memberikan sebarang bukti yang sahih sebaliknya hanya tuduhan melulu dan sekadar melontarkan persepsi yang buruk terhadap pihak berkuasa.

Mereka mendakwa telah menang undi popular tetapi di sinilah menjadikan akal saya musykil. Fakta menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat 51% undi popular tetapi kerusi banyak dimenangi BN bukan perkara ganjil.

Di segi undi memang PR banyak kerana ramai yang mengundi PR. Tetapi jumlah kerusi pula sememangnya BN yang mempunyai banyak kerusi kerana mereka yang sebenarnya memenangi banyak kerusi.

Dalam sistem demokrasi stail kita, bukan bermakna banyak undi itu dikira pemenang. Sistem kita mengira jumlah kerusi, bukan suara. Mungkin ada yang tidak faham atau kurang jelas mengenai kaedah atau stail demokrasi kita.

Jumlah suara PR banyak kerana mereka menang dengan majoriti besar di sesuatu kerusi. Misalnya kemenangan calon DAP Teresa Kok di Seputih sebanyak 51,552 undi. Atau kemenangan Tan Seng Geok di Kepong sebanyak 40,307 undi. Tidak bermakna kemenangan dengan majoriti besar itu ia boleh menafikan kemenangan mana-mana calon BN dengan majoriri 1,000 undi.. tidak.

Dalam perkiraaan demokrasi ala kita, sama ada kamu menang dengan majoriti 50,000 atau dengan majoriti 5 undi nilainya sama saja, jumlah atau perkiraan kerusi satu (1) saja di mana jumlah kerusi itulah pemuktamadan pemenangnya.

Pandangan saya menyatakan bahawa AI dan LKS sedang membohongi masyarakat terutama golongan muda. Jika kita perhatikan, beliau sedang berusaha menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak sah. Ia dimulakan dengan menanam benih kebencian dan mengajak rakyat tidak mempercayai pihak penguatkuasa.

Beliau sepatutnya menerangkan kepada rakyat akan undang-undang sebenar sistem pilihanraya di Malaysia. Beliau tahu tetapi sengaja buat tidak tahu. Pada yang kurang faham, lihat video di bawah:

Jika kita lihat scenario semasa, PR di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor telah menerima kejayaan mereka dan sedang menyusun pentadbiran negeri.

Saya percaya AI dan LKS akan melakukan perkara yang sama apabila Parlimen mula bersidang. Mereka akan turut sama juga mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen! Apa jadi pada rakyat yang termakan hasutan mereka? Jika mereka berjaya menghasut, mereka akan turut bersama rakyat tetapi apabila hasutan mereka gagal, mereka akan kembali ke Parlimen.

Jika mahu kira undi popular, kenapa tidak calon DAP Teresa Kok yang menang undi majoriti terbesar jadi pemimpin PR menggantikan AI?

Perlu diingat, dalam politik 1+1 tak semesti jawabannya adalah 2.