MIC Jawab Bagi Pihak DAP?

Bila masa kita melarang penggunaan dan pengajaran bahasa lain?

Tak boleh kah penggunaan dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah kerajaan dilakukan?

Siapa kata score 6As, 7As boleh jadi warganegara Malaysia yang baik tanpa sikap perkauman melampau?

Nak jaga bahasa ka atau nak tebalkan lagi perkauman supaya “Tak India Hilang di Malaysia”?

Berapa kerat pemimpin MIC yang Bahasa Malaysianya lawas?

Nak Bahasa Malaysia lawas atau Bahasa Tamil yang digunakan seharian lebih lawas?

Nak mana lebih lawas? Integrasi Nasional atau Perkauman?

Kenapa Melayu yang sibuk tentang Perpaduan, dia orang sibuk perkauman?

P/S – Halloo Mr Air Asia yang nak ugut UM… di mana anda ???? Meluat ke tidak ni ???

  • Datuk Seri G. Palanivel

Palanivel said, vernacular schools have been in existence for a long time, even before independence and it is against the Federal Constitution to abolish these schools. (Photo by:Hussein Shaharuddin/The Mole)

Call To Abolish Vernacular Schools Against Federal Constitution – Palanivel

By:Chandravathani Sathasivam and Soon Li Wei

KUALA LUMPUR, May 13 (Bernama) — The call to abolish Chinese and Tamil vernacular schools is not a good idea and is against the Federal Constitution, said MIC President Datuk Seri G. Palanivel, Monday.He said the schools have been in existence for a long time, even before independence, and it is very sad to note that there are still people questioning the existence of vernacular schools.

“We are strongly against it as this is one of the rights under Article 152 of the Federal Constitution, where no person shall be prohibited or prevented from using or from teaching or learning any other language,” he told Bernama.

Palanivel was responding to a suggestion by Universiti Teknologi Mara (UiTM) pro-chancellor Tan Sri Abdul Rahman Arshad’s call to abolish vernacular schools in favour of a single stream school which uses Malay-language as a medium, at a forum, on Sunday.

“We have statistics to show that more than 1,000 Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tamil school students have scored 7As and 6As, so it does not matter which type of school a child goes to, they all use the same national syllabus,” he said.

Palanivel also stressed that the contributions of students to the society should be judged by the quality of students, their patriotism and what they give back as contribution to the society.

Echoing similar sentiments, the coordinator for the Action Plan for Future of Tamil Schools, Prof Dr N.S. Rajendran said this kind of stereotyping must stop for the sake of maintaining unity among the multi-racial population of Malaysia.

“Each and every one of us is responsible to promote unity and that includes the life outside of schools. It is just not fair to single out the vernacular schools claiming they work against unity when in reality there are at least five types of schools which exist and continue to grow in Malaysia,” he said.

Meanwhile, MCA Youth education bureau chief, Chong Sin Woon believes unity problem will still exist, even if the vernacular schools are abolished.

He added that it is inappropriate for certain people to blame disunity on vernacular schools, as the efforts to increase national unity lies in the shoulder of everyone including the government.

“It is proven vernacular schools have contributed to the education system by providing opportunities for children to learn various languages including their mother tongue, thus having ability to master them, and contribute efficiently towards nation building,” he said.

— Bernama Monday, May 13, 2013

Panggil Aku Dengan Bin Bapak?

Aku tak faham dengan ramai Bangsa Cina Malaysia. Kalau aku marah, dikatakan pulak aku ni rasis.

Aku berniaga seharian berjumpa pelbagai bangsa, tetapi sesuatu yang buat aku marah dan mendidih hati adalah apabila orang Cina menalipon aku dan memanggil aku dengan “Bin Bapak” aku. Nasib baik nama bapak aku bukan Bin Laden.

Heran aku, setelah bertahun-tahun hidup di Malaysia, masih tak tau cara nak memanggil kita dengan cara yang sesuai. Aku Melayu, panggil ajer lah En Kamaruzaman atau Mr Kamaruzaman atau Tuan Kamaruzaman. Apa masalahnya?

Yang panggil “Bin Bapak” aku tu adat mana? Bukan budaya Malaysia lah. Disini ada orang Melayu, ada India, ada Kadazan, ada Iban, ada Sikh. Belajarlah sedikit budaya orang lain. Jangan sampai buat orang tersinggung dan sakit hati.

Sebab itu jangan duduk bawah tempurung, nak sekolah pun sekolah sendiri. Tak mau campur bangsa lain. Bila orang jerit 1Malaysia, dia jerit jugak. Bila masa praktik langsung tak tau. Hingga sekarang, cakap Melayu bahasa kebangsaan pun masih tak lawas-lawas!

Aku sokong “Satu Sekolah Untuk Semua” (SSS).

Bagus Sangatkah Budak Ini?

Bagus sangatkah dia? Dia sekolah mana dulu?

Masuk Stanford pakai biasiswa siapa ya?

Siapa ajar awak untuk ugut akhbar berjasa untuk orang Melayu?

Siapa lebih tua, awak ka atau Utusan? Siapa yang lebih banyak berjasa?

Awak ‘consider’ diri awak bangsa apa?

Apa definasi awak tentang perkauman (rasis) Melayu? Awak malu jadi Melayu?

Boleh tau berapa banyak pengorbanan awak untuk kecemerlangan Melayu?

Berapa banyak syarikat awak dah tubuh ya? Ada teringat DEB?

Awak kerja untuk siapa? Visi awak ka atau mengerjakan visi orang lain?

Ada teringat nak tolong bangsa dan agama awak?

Boleh tau samada awak ada pelan untuk meningkatkan ekonomi bangsa awak? atau awak hanya ingat ekonomi diri awak?

Adakah orang bijak (smart) dan orang berhemah tinggi (wise) sama perangainya macam awak ni?

images

Azran Osman-Rani cemuh Utusan Malaysia dakwa akhbar rasis

KUALA LUMPUR 12 Mei – Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.

Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan’s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan).”

Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.

Azran turut menyifatkan Utusan Malaysia sudah tidak relevan dengan jumlah pembaca semakin merosot, walaupun hakikatnya jualan akhbar ini bukan sahaja tidak merosot, malah meningkat sebanyak 1,000 naskhah sehari.

“Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia,” tulis ahli korporat Melayu baharu itu.

Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu?’ yang mempersoalkan undi kaum Cina yang menyokong DAP hampir 100 peratus.

Laporan berkenaan mendapat liputan meluas sehingga seorang wartawan berketurunan Cina mempersoalkannya di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar beliau.

Bagaimanapun, Najib dengan tenang menjawab: “Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina? Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa?.”

Dalam pada itu, Azran turut memperlekehkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila menyifatkan bahawa fikiran sempit pertubuhan itu yang membuatkan orang Melayu terkebelakang.

“Perkasa? I think Malaysia has proven that they are irrelevant. Its Perkasa’s narrow-mindedness that’s holds Malays back. (Perkasa? Saya fikir Malaysia telah membuktikan bahawa mereka tidak relevan. Fikiran sempit Perkasa yang menyebabkan Melayu ketinggalan.)”

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130513/px_26/Azran-Osman-Rani-cemuh-Utusan-Malaysia-dakwa-akhbar-rasis#ixzz2T8tqyUqJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bukankah Ini Racist? (2)

sinchewMengigau Dan Berkhayal Beramai-Ramai  (2 Mac 2010)

Penulis Tay Ting Yan sebagai timbalan editor akhbar Sin Chew Jit Poh

” 76 pertubuhan NGO Melayu dalam satu barisan tertubuhnya “PERKASA” berjanji mahu perjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Saya tergesa-gesa melihat tarikh kalendar, hari ini bukan bertarikh 1 Mac 1946; memang betul hari ini bukan tarikhnya.

Jika perjuangan itu disebut pada tahun 1946, sudah tentu tepat pada masanya dan diterima dan boleh masuk akal.

60 tahun dahulu, orang-orang Bristish mahukan masyarakat yang terbuka dan adil di negara ini maka mereka merancang mahu tubuhkan “Malaya Faderation” tetapi tidak disenangi oleh orang-orang Melayu pada masa itu, kerana orang-orang melayu bimbang kedudukan orang-orang Melayu dan Islam tidak terjamin, sebab itu pada masa itu orang-orang Melayu bergerak dan berjanji mahu mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu dan Islam.

Tetapi sekarang ini adalah tahun 2010, adakah masa itu terencat kembali masuk pada tahun-tahun silam itu?

Penjajah yang memerintah kita telah lama berambus tinggalkan kita, perikatan dan Barisan Nasional sudah setengah abad terus memerintah tidak lepaskan kuasa, projek DEB sudah dilaksanakan lebih 40 tahun, orang-orang Melayu sudah pun berkuasa, berkedudukan, berpengalaman dan menjadi bangsa yang bermartabat.

Apa lagi yang mahu mereka pertahankan sekarang ini?

Cuba anda fikirkan dan bayangkan jika ada sekumpulan orang-orang Amerika kuiti putih mahu pertahankan kaum kulit putih, dan menolak hak orang-orang Red Indian yang curiga terhadap hak dan kuasa orang-orang kulit putih apa akan terjadi?

Ataupun NGO-NGO di negeri China mempertahankan hak orang-orang kaum Cina Han, supaya tidak dianiaya oleh orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur?

Di Amerika hanya dapat dengar orang-orang Amerika dengan sendirinya tubuhkan NGO-NGO pertahankan hak hak orang Red Indian, di negeri China, sebilangan orang-orang China yang sedar mahu perahankan hak-hak orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur yang dikatakan kaum minoriti.

Jika masa depan atau nasib sesuatu bangsa itu tergugat barulah dipetahankan, jika tidak ia hanya disebut Quixotic, jika tidak walaupun dikelilingi musuh, ia hanya untuk memenuhi kerakusan diri sendiri dan impian diri sendiri. Perkataan Quixotic ini datangnya dari perkataan Don Quixote penulis Spanyol 400 tahun lalu.

Don ceritakan kisah seorang penghuni di ceruk kampong, oleh kerana terlalu banyak membaca buku-buku cerita dongeng pahalawan, terjebak ke dunia khayalan, pada satu hari beliau ambil lembing dan perisai serta memakai baju besi pergi ke sebuah tasik untuk menjadi pejuang.

Apabila beliau nampak kincir angin beliau anggap itulah gergasi yang beliau mahu tewaskan, daun kipas kincir angin itu mematahkan lembing dan beliau terjatuh dari kuda yang ditunggangnya.

Cerita kisah Don banyak jenakanya, akhirnya beliau sedar dari dunia khayalan itu, akhirnya beliau faham bahawa cerita di dalam buku cerita itu semuanya dongeng dan khayalan belaka.

Helo! Helo! Perkasa, GPMS, Mubarak dan lain-lain NGO-NGO Melayu, anda semua tidak apa-apa ke? Adakah anda masih beramai-ramai bermimpi, berngigau dan dalam khayalan lagi? Cuepacs! Bukankah kamu semua pertubuhan Ngo kakitangan kerajaan? Kenapa tidak perjuangkan hak kakitangan kerajaan? adakah kamu semua termasuk salah haluan?

Jangan risau, di bumi Malaysia ini, tiada seorang pun yang berani mencabar hak-hak kamu semua, jika hak-hak kamu semua itu berlandaskan perlembagaan Negara.

Tetapi dalam dunia globalisasi hari ini, Malaysia adalah Negara yang bersikap terbuka, sudah tentu orang-orang Melayu sudah sampai masanya mampu bersaing.

Inilah yang sepatutnya dan masalah yang perlu difikirkan oleh kamu semua 76 buah NGO-NGO Melayu ini.”

Bukankah ini Racist? (1)

1. Kenapa dibenarkan mereka memeriksa kad pengenalan orang lain?

2. Kenapa berlagak seperti penguatkuasa?

3. Siapa yg memberi mereka KUASA?

4. Kenapa mereka menindas (harrassed) rakyat Malaysia yang berkulit sedikit GELAP?

5. Kenapa mereka bertindak kurang ajar?

6. Mana bukti nyata mereka pengundi hantu dan bukan sekadar tuduhan melulu?


.


.


.


.

.