Bagus Sangatkah Budak Ini?

Bagus sangatkah dia? Dia sekolah mana dulu?

Masuk Stanford pakai biasiswa siapa ya?

Siapa ajar awak untuk ugut akhbar berjasa untuk orang Melayu?

Siapa lebih tua, awak ka atau Utusan? Siapa yang lebih banyak berjasa?

Awak ‘consider’ diri awak bangsa apa?

Apa definasi awak tentang perkauman (rasis) Melayu? Awak malu jadi Melayu?

Boleh tau berapa banyak pengorbanan awak untuk kecemerlangan Melayu?

Berapa banyak syarikat awak dah tubuh ya? Ada teringat DEB?

Awak kerja untuk siapa? Visi awak ka atau mengerjakan visi orang lain?

Ada teringat nak tolong bangsa dan agama awak?

Boleh tau samada awak ada pelan untuk meningkatkan ekonomi bangsa awak? atau awak hanya ingat ekonomi diri awak?

Adakah orang bijak (smart) dan orang berhemah tinggi (wise) sama perangainya macam awak ni?

images

Azran Osman-Rani cemuh Utusan Malaysia dakwa akhbar rasis

KUALA LUMPUR 12 Mei – Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.

Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan’s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan).”

Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.

Azran turut menyifatkan Utusan Malaysia sudah tidak relevan dengan jumlah pembaca semakin merosot, walaupun hakikatnya jualan akhbar ini bukan sahaja tidak merosot, malah meningkat sebanyak 1,000 naskhah sehari.

“Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia,” tulis ahli korporat Melayu baharu itu.

Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu?’ yang mempersoalkan undi kaum Cina yang menyokong DAP hampir 100 peratus.

Laporan berkenaan mendapat liputan meluas sehingga seorang wartawan berketurunan Cina mempersoalkannya di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar beliau.

Bagaimanapun, Najib dengan tenang menjawab: “Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina? Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa?.”

Dalam pada itu, Azran turut memperlekehkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila menyifatkan bahawa fikiran sempit pertubuhan itu yang membuatkan orang Melayu terkebelakang.

“Perkasa? I think Malaysia has proven that they are irrelevant. Its Perkasa’s narrow-mindedness that’s holds Malays back. (Perkasa? Saya fikir Malaysia telah membuktikan bahawa mereka tidak relevan. Fikiran sempit Perkasa yang menyebabkan Melayu ketinggalan.)”

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130513/px_26/Azran-Osman-Rani-cemuh-Utusan-Malaysia-dakwa-akhbar-rasis#ixzz2T8tqyUqJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sikap DAP Terhadap Melayu

Tidak menghormati  pemimpin negara terutama Melayu yang dipilih rakyat?

Anti rakyat Malaysia yang bukan pengundi DAP?

“Hanya orang Cina yang bodoh akan undi untuk MCA dan Gerakan, hanya orang India yang bodoh akan undi MIC, hanya Melayu yang bodoh akan undi UMNO dan hanya rakyat Malaysia yang pandai akan undi pembangkang” … Dr Hew Kuan Yau, Setiausaha Publisiti DAP (Gambar Bawah):

Dr Hew Kuan Yau

Tidak menghormati agama Islam dan Al Quran?

DAP mempermainkan ayat Al Quran?

Anti Islam?

Wahai Umno dan kesemua NGO-NGO yang diperhamba olehnya, janganlah berlagak-lagak seperti Tuhan. Siapakah kamu-kamu semua untuk memberikan satu ketetapan ataupun sejenis “fatwa” untuk mensabitkan seorang itu bersalah oleh kerana beliau hanya memberikan kenyataan itu berpandukan apa yang tertera di dalam ajaran Al-Quran (Surah Al-Baqarah 2:56).

Petikan ayat diatas terdapat di laman web/blog DAP Bagan (YB Guan Eng, Setiausaha Agung DAP) pada posting bertarikh 13 November 2012 seperti gambar bawah:

bagan

Tidak menghormati tulisan Jawi yang diwarisi oleh orang Melayu?

Anti Jawi?

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok mahu membuang tulisan Jawi di papan papan tanda jalan di Selangor seperti gambar di bawah:

922805_575275399163608_1222315959_n

Kerajaan Melayu Lama

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan di mana kuasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah dan pegawai-pegawai Melayu sepenuhnya.

Pemerintah Melayu di Melaka berasal dari Singapura, iaitu selepas kekalahan Kerajaan Melayu Singapura di tangan Siam. Kesultanan Melayu Melaka telah bertahan lebih dari satu abad, bermula dari penghujung kurun ke –14 sehingga permulaan kurun ke-16, iaitu dari tahun 1394 sehingga tahun 1511.

Di bawah kekuasaan pemerintah Melayu, Melaka bukan hanya menjadi sebuah kota perdagangan yang maju tetapi juga merupakan pusat penyebaran ajaran Islam kepada seluruh kepulauan Melayu.

Selepas kejatuhan Empayar Seri Vijaya dan Majapahit di penghujung abad ke-14, Melaka telah meneraju dan mengekalkan pemerintahan Melayu di kepulauan Melayu.

Kestabilan politik dan sistem perundangan yang adil berjaya menarik para pedagang dari segenap pelusuk kepulauan Melayu ke Melaka. Para pedagang dari China, benua kecil India, Pegu di Burma dan Tanah Arab juga telah datang ke Melaka untuk berdagang.

Kerajaan Melayu Lama.

1. Pemerintah Melaka Ke 1: Tahun 1394 hingga 1414 – Parameswara

2. Pemerintah Melaka Ke 2: Tahun 1414 hingga 1424 – Sultan Megat Iskandar Syah

3. Pemerintah Melaka Ke 3: Tahun 1424 hingga 1445 – Sultan Maharaja (Raja Tengah) atau Sultan Muhammad Syah

4. Pemerintah Melaka Ke 4: Tahun 1445 hingga 1446 – Sultan Abu Syahid

5. Pemerintah Melaka Ke 5: Tahun 1446 hingga 1456 – Sultan Muzaffar Syah

6. Pemerintah Melaka Ke 6: Tahun 1456 hingga 1477 – Sultan Mansur Syah

7. Pemerintah Melaka Ke 7: Tahun 1477 hingga 1488 – Sultan Alauddin Riayat Syah

8. Pemerintah Melaka Ke 8: Tahun 1488 hingga 1511 – Sultan Mahmud Syah

 

Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia

Zaman PraSejarah

Malaysia terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, yang merupakan bahagian paling selatan benua Asia, dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Utara Pulau Borneo, yang terletak ke arah timur sejauh 530 kilometer di seberang Laut China Selatan.

Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400, yang merupakan tarikh yang kebiasaannya digunakan sebagai permulaan era sejarah negara.

Namun, tempoh prasejarah yang panjang ini kurang mendapat perhatian kerana kebanyakan penulisan yang sedia ada tertumpu kepada kehebatan Melaka. Kerja-kerja penyelidikan berkenaan sejarah awal di Malaysia juga banyak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama, iaitu keadaan fizikal geografinya dan keadaan cuaca.

Para penyelidik lebih cenderung menumpukan kajian mereka samada di Semenanjung atau pun di sekitar Sabah dan Sarawak sahaja, dan ini mengakibatkan hasil kajian yang tidak menyeluruh tentang tempoh prasejarah negara Malaysia. Keadaan cuaca yang begitu panas terik dan hutan hujan yang tebal tidak banyak meninggalkan artifak-artifak dari tempoh awal ini, selain daripada barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi.

Kebanyakan artifak tersebut, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.

Bukti terawal penempatan manusia di Sarawak adalah merupakan sebuah tengkorak yang berusia 38,000 tahun yang ditemui di Gua Niah, manakala bagi kawasan Semenanjung pula merupakan sebuah rangka yang berusia 11,000 tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh di Perak.

Artifak yang tertua adalah merupakan sebuah bangku batu zaman Paleolitik dari Kota Tampan, Perak yang berusia 34,000 tahun, manakala artifak tertua dari kawasan Borneo pula adalah alatan batu di Tingkayu, Sabah yang dihasilkan di antara 18,000 hingga 28,000 tahun dahulu.

Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah.

Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.

Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah.

Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

Penemuan barangan gangsa dari Utara Vietnam membuktikan wujudnya pelayaran jarak jauh dan seterusnya menghasilkan hubungan perdagangan laut dengan penempatan lain di Asia Tenggara. Manik-manik daripada India yang ditemui di kawasan-kawasan Zaman Logam seperti di Kuala Selinsing (200 SM – 900 M) dan Changkat Menteri (1 – 800 M) di Perak adalah bukti terdapatnya juga hubungan dagangan dengan Asia Selatan.

ProtoSejarah Malaysia.

Kerajaan terawal yang telah dikenal pasti, wujud di Lembah Bujang, Kedah sejak kurun ke-5, manakala sebuah sistem pemerintahan kecil telah diwujudkan di Santubong, Sarawak dan sebuah lagi di Chi tu di Kelantan pada kurun ke-7. Di antara kurun ke-8 hingga ke-14, beberapa penempatan telah terbentuk di Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.

Hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan perdagangan dengan China, India dan lain-lain kerajaan di Asia Tenggara telah dibina semasa zaman kerajaan awal ini. Peninggalan yang ditemui di Lembah Bujang, Lembah Kinta di Perak, dan di Santubong menunjukkan bahawa pengaruh Hindu dan Buddha banyak mempengaruhi kehidupan penduduk di Malaysia sehingga abad ke-14.

Dalam tempoh yang sama, cara kehidupan megalitik dapat dilihat di Lembah Bernam, Perak dan juga di Sabah dan Sarawak. Walaupun cara hidup Dongson didapati telah wujud dengan penemuan gendang tembaga di kawasan-kawasan yang terpencil, kebanyakan komuniti masih mengamalkan cara hidup Zaman Batu.

Bukti pertama sebuah sistem pemerintahan kecil yang dikenal pasti memeluk dan mengamalkan agama Islam datang daripada sebuah batu bersurat bertarikh tahun 1301, yang ditemui di Terengganu.

Penempatan Awal.

Malaysia merupakan antara kawasan penempatan terawal bagi manusia. Peralatan daripada batu yang dijumpai di Lenggong, Perak dan penemuan yang menakjubkan di Gua Niah, Sarawak telah membuktikan kenyataan tersebut. Di antara penduduk terawal yang masih ada di Malaysia hingga ke hari ini ialah Orang Asli di Semenanjung serta kaum Penan di Sarawak dan kaum Rungus di Sabah.

Kehadiran mereka di negara ini berkemungkinan menjangkau lebih 5,000 tahun. Penduduk terawal ini mungkin juga merupakan golongan perintis kepada gerakan penghijrahan manusia ke arah selatan daripada China dan Tibet melalui tanah besar Asia Tenggara serta Semenanjung Tanah Melayu, seterusnya ke Kepulauan Indonesia.

Penduduk pertama bangsa Melayu atau Melayu Proto dianggarkan telah bertapak di negara ini pada tahun 1000. Mereka merupakan golongan pelopor yang kedua dan ketiga di dalam gerakan penghijrahan ini. Gerakan penghijrahan ini telah diikuti oleh beberapa lagi golongan seperti Melayu Deutero sepanjang beberapa abad seterusnya.

Mereka tiba dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang lebih maju dan baru dalam teknik pertanian dan penggunaan logam. Orang-orang Melayu juga telah bertebaran di segenap pelusuk kepulauan ini, seterusnya menetap dalam kelompok komuniti kecil yang serba lengkap. Ini telah menghasilkan kepelbagaian corak etnik yang kompleks yang dapat dilihat di Malaysia dan Indonesia.

Orang-orang Melayu di Semenanjung mempunyai pertalian hubungan yang rapat dengan orang-orang Melayu di Sumatera, dan untuk berabad lamanya Selat Melaka berperanan sebagai laluan yang menghubungkan mereka dari keluarga yang sama dari tempat yang berasingan dan bukan sebagai sempadan pemisah antara dua negara.

Orang Melayu dan Orang Asli merupakan pribumi negara Malaysia hari ini dan diiktiraf sebagai Bumiputera. Walaupun terdapat perbezaan yang ketara di kalangan pelbagai kumpulan Bumiputera, mereka semua berkongsi ciri-ciri tertentu yang melambangkan adat resam masyarakat Asia Tenggara.

Ciri-ciri tersebut telah tertanam dalam kehidupan sebagai petani dan nelayan, dan ini dapat dilihat dalam masyarakat kampung di mana kepimpinan dipilih secara muafakat. Walaupun cara hidup orang Melayu banyak dipengaruhi oleh ajaran Hindu dan kemudiannya oleh agama Islam, unsur-unsur asas budaya orang Melayu masih kekal hingga ke hari ini.

Sumber : Perpustakaan Negara Malaysia.

Apa Lagi Orang Cina Mahu?

KUALA LUMPUR 6 Mei – Masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang orang Melayu menjadi terasnya.

Kegagalan itu sudah tentulah mengecewakan mereka yang amat berharap dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ia menjadi medan untuk mereka ‘menguburkan’ UMNO melalui kejayaan pakatan pembangkang.

Biarpun mereka melakukan gerakan yang dilihat bersepadu di seluruh negara dengan memastikan hampir semua undi diberikan kepada parti cauvinis, DAP dan calon-calon pakatan pembangkang lain khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun ia belum cukup menumbangkan kepimpinan BN yang UMNO menjadi tonggak utama.

Justeru tidak hairanlah, semalam puak-puak yang dianggap tidak tahu mengenang budi ini melakukan tindakan yang memualkan apabila melancarkan apa yang dipanggil silent walk.

Program itu bertujuan menyatakan protes kononnya PRU-13 dijalankan secara tidak bersih dan mereka mahu rakyat bangkit melakukan protes berjalan secara senyap di kompleks-kompleks membeli-belah.

Malahan dalam laman Facebook dan Twitter tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.

Persoalannya apa lagi yang puak- puak ini mahu dalam bahasa mudah, ‘apa lagi orang Cina mahu’! Tidak cukupkah DAP memenangi 38 kerusi daripada 51 kerusi yang parti itu tandingi dan seterusnya menjadikan ia parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Mungkin kekecewaan mereka biarpun diberi layanan yang begitu istimewa oleh kerajaan BN kerana pakatan pembangkang gagal memerintah.

Mereka membuat percaturan jika pakatan pembangkang menang ia akan membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Melalui cara itu, mereka berharap ia boleh dijadikan platform untuk membuat pelbagai tuntutan termasuklah mungkin menganggu gugat hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Hakikatnya, masyarakat Cina sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kuasa politik yang kuat.

Berikutan kesediaan PKR dan Pas bekerjasama dengan DAP, masyarakat Cina melihat PRU-13 peluang terbaik, justeru mereka keluar habis-habisan mengundi dan memberi isyarat untuk menolak BN.

Segala kebaikan yang ditunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempelopori gagasan 1Malaysia langsung tidak dihargai.

Malahan kesudian Perdana Menteri melayani dan mempertimbangkan serta bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cauvinis Cina, Dong Zhong turut dilupakan begitu sahaja.

Begitu juga dengan pelbagai program, projek dan tuntutan masyarakat Cina yang hampir keseluruhannya dilaksana dan dipenuhi oleh kerajaan BN.

Tetapi ternyata, mereka menjadi kelompok yang tidak tahu membalas budi. Mereka hanya bijak bersandiwara di hadapan pemimpin-pemimpin BN dengan tujuan memperoleh apa yang mereka hajati.

Apa yang mereka pohon diluluskan tetapi undi diberi kepada DAP. Kini mereka cuba pula hendak mencetuskan suasana tidak tenteram apabila melakukan pelbagai protes yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Kelompok seumpama ini perlu diperingatkan bahawa jangan sampai mereka dilihat terlalu melampau untuk membuat tuntutan politik mereka kerana kesabaran orang Melayu ada hadnya.

Dan apa yang pasti seperti mana kata bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; ”… mereka kata orang Melayu rasis sebaliknya, kali ini mereka sangat rasis.”

Oleh : Zulkiflee Bakar (Utusan Malaysia 7 Mei 2013)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130507/px_03/Apa-lagi-orang-Cina-mahu?#ixzz2T4NHnBqs
© Utusan Melayu (M) Bhd