Panggil Aku Dengan Bin Bapak?

Aku tak faham dengan ramai Bangsa Cina Malaysia. Kalau aku marah, dikatakan pulak aku ni rasis.

Aku berniaga seharian berjumpa pelbagai bangsa, tetapi sesuatu yang buat aku marah dan mendidih hati adalah apabila orang Cina menalipon aku dan memanggil aku dengan “Bin Bapak” aku. Nasib baik nama bapak aku bukan Bin Laden.

Heran aku, setelah bertahun-tahun hidup di Malaysia, masih tak tau cara nak memanggil kita dengan cara yang sesuai. Aku Melayu, panggil ajer lah En Kamaruzaman atau Mr Kamaruzaman atau Tuan Kamaruzaman. Apa masalahnya?

Yang panggil “Bin Bapak” aku tu adat mana? Bukan budaya Malaysia lah. Disini ada orang Melayu, ada India, ada Kadazan, ada Iban, ada Sikh. Belajarlah sedikit budaya orang lain. Jangan sampai buat orang tersinggung dan sakit hati.

Sebab itu jangan duduk bawah tempurung, nak sekolah pun sekolah sendiri. Tak mau campur bangsa lain. Bila orang jerit 1Malaysia, dia jerit jugak. Bila masa praktik langsung tak tau. Hingga sekarang, cakap Melayu bahasa kebangsaan pun masih tak lawas-lawas!

Aku sokong “Satu Sekolah Untuk Semua” (SSS).

Advertisements